Saturday, January 1, 2011

KAMI TELAH BERPINDAH?

Ya, kami telah berpindah ke laman web baru yang lebih cantik, lebih baik.
Tahun 2011, kami pindah ke laman web ini.

http://www.skchenua.net

TATA....BYE2 2010.

2011, Cemerlang dan Gemilang.


Salam buat semua dan Selamat Menyambut Tahun Baru dengan keazaman baru dengan sistem pembelajaran baru KSSR yang bakal bermula pada tahun 2011. Semoga pada awal tahun dengan pengalaman sedia ada kita akan lebih memperkemaskan penjadualan , rekod dan strategi untuk tahun 2011.

Tingkatkan prestasi kita dan insyallah tahun ini kita akan lakukan perubahan pendidikan demi perubahan demi agama , bangsa dan negara. Kejayaan UPSR 2010 membangkitkan semangat guru untuk memecahkan rekod sedia ada.

UPSR 1994- 5A ( 1 murid)

UPSR 2010- 5A ( 2 murid)

UPSR 2011- 5A (3 MURID- dalam pertimbangan guru)


Tahniah kepada semua guru dan kakitangan.

Tahniah ketua kampung, Tok Batin, warga PPD dan YDP PIBG dan YB ADUN Batu Talam. Janji-janjimu pasti kami tuntut. Yeah..

Tahniah buat semua. Selamat Menjalani Alam Persekolahan sesi 2011.



daripada warga SK Chenua,

SK CHENUA CEMERLANG DAN GEMILANG 2015

Monday, September 13, 2010

Cerita selepas cuti raya...

Tarikh : 14 September 2010
Hari : Selasa

Bermula persekolahan di SK Chenua setelah seminggu cuti sekolah+raya. Agak ramai murid-murid tidak hadir. Mungkin akibat sakit perut menelan kuih-muih raya yang berbagai-bagai jenis. Tahniah kepada semua guru yang tidak mengambil cuti tambahan sempena raya ini.

Ada sesetengah sekolah rendah di Malaysia yang menyambung cuti persekolahan tanpa memikirkan murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR minggu depan. Bagaimana murid-murid tahun 6 hendak ulangkaji pelajaran selepas seminggu beraya. Seronoook sakan beraya sampai lupa periksa UPSR makin dekat.

Hendak disalahkan guru, guru pun beraya juga. Beraya di kampung mana nak ingat budak-budak UPSR ni. Masa inilah nak berseronok, berziarah saudara mara, bertemu rakan-rakan. Balik dari kampung, barulah kalut nak buka kertas ujian, mengulangkajikan budak-budak UPSR yang memang sudah lupa banyak perkara.

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Tarikh : 10 September 2010
1 Syawal 1431

Kami warga SK Chenua mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua guru dan kakitangan pendidikan di seluruh Malaysia. Maaf zahir dan batin.

Thursday, August 12, 2010

Kem Kecemerlangan UPSR

Tarikh : 6-8 Ogos 2010

Tempat : Kompleks Rakan Muda Dong

Anjuran : MGB

Seramai 2 orang wakil dari SKC iaitu Amirul Naim dan Fatin Khairiah telah menghadiri kem ini.

Program Semarak Kasih

Tarikh : 6-7 Ogos 2010

Tempat : IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis

Anjuran : Pandu Puteri Daerah Kuala Lipis & Raub

Objektif :

1. Mengeratkan silaturrahim sesama kaum

2. Bekerjasama

3. Merapatkan jurang perkauman

4.Mengelak keciciran murid asli di bidang pembelajaran

Seramai 15 orang murid perempuan asli terlibat dengan program ini dan diiringi oleh

Pn Nurul Asmah bt Mahmud sebagai guru pengiring.

Peperiksaan Percubaan UPSR Negeri Pahang

Tarikh : 27 -29 Julai 2010

"Semoga mendapat keputusan yang cemerlang anak didik SKC UPSR 2010"

Saturday, July 24, 2010

Rombongan Murid Tahun 5 & 6 ke Kuala Lumpur

Di hadapan UIAM



Di Pameran Negara-negara Asean, Muzium Negara



Di pintu masuk Pameran Keranda, Muzium Negara




Di hadapan Dataran Merdeka,Kuala Lumpur



Di hadapan UIAM



Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Lokasi Lawatan : UIAM / Muzium Negara / Planeterium Negara
Bilangan Ahli Rombongan : 39 orang


Solat Hajat UPSR

Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Jumaat
Kumpulan Sasaran : Semua warga sekolah & Murid serta ibubapa dan penjaga tahun 6
Tempat : Masjid Kg Chenua Raub

Sambutan Isra' & Mikraj 2010

Penceramah jemputan Ustaz Abdullah Munshi dari SK Gali, Raub




Murid-murid mendengar ceramah




Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)

Masa : 7.45 am - 12.10 am

Tempat : Dewan SKC

Penceramah Jemputan : Ustaz Abdullah Munshi b Mohd Mubin